Saturday, May 26, 2012

Secebis kisah di Perak II

       Tahun 2002 adalah satu tempoh yang amat mencengkam jiwa. Tiga bulan selepas nenek pergi, adik lelaki bongsu Rasyid pula maut akibat kemalangan jalan raya. Ini berlaku sehari selepas isteri pemuda itu melahirkan anak pertama mereka. Tidak cukup itu, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, ibu kepada bondanya, orang yang dipanggil "Mak" kerana menjaga dan membesarkannya sejak kecil turut serta menyambut panggilan Ilahi.

Ketika itu, anak muda yang mula kelihatan seperti orang sasau dengan penampilan tidak terurus akibat terlalu taksub mengembara mencari jawaban di samping memendam rasa sedih yang mencengkam jiwa akibat musibah yang kunjung tidak putus baru setakat tahu bahawa Keramat Kuala Bidor itu mempunyai kaitan dengan Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera Pasai abad ke 13 Masihi. Tetapi hamba Allah ini bukan berasal dari kerajaan tersebut. Kerana beliau hidup hampir 1,000 tahun lalu! Masih belum terjawab persoalan yang nenek kemukakan dahulu...

Kompleks Makam Sulatan Malikussalih
#sumber gambar dari Artmelayu
 

Awal tahun 2003, selepas lebih setahun mencari dan mengembara lagi, barulah dia faham maksud nenek. Mengapa beliau menyebut Keramat Kuala Bidor berasal dari keturunan orang baik-baik, dan siapakah orang baik-baik yang dimaksudkan... Rasyid juga dapat tahu hamba Allah ini berasal daripada sebuah keSultanan purba yang telah wujud 400 tahun lebih dahulu daripada Samudera Pasai dan 600 tahun sebelum Melaka iaitu Perlak. Pencarian ini telah memperkenalkannya kepada sejarah keSultanan Perlak yang diasaskan tahun 840 Masihi. Lalu terbukalah kaitannya dengan perjuangan Samudera Pasai untuk menegakkan syiar Islam di bumi Timur, perjuangan yang akan diwarisi Melaka seterusnya Aceh nanti.

Lebih penting lagi, sejarah penubuhan Perlak berkait pula dengan pergolakan empayar Islam di Timur Tengah melibatkan kerajaan-kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Dari sinilah, Rasyid mula mengenali siapakah itu Imam Ja’afar Al-Sadiq yang sangat diagung-agungkan pengikut Syiah, juga tokoh-tokoh lama Islam seperti Muhammad Nafs Al-Zakiyah yang pernah mewarnai persada politik Islam di Baghdad.

Lalu anak muda ini dibawa menelusuri perjuangan anak cucu Rasulullah SAW, para Ahlul Bait yang penuh ranjau dan duri, lebih-lebih lagi kisah suka-duka keturunan cucu sulung baginda iaitu Saidina Hassan, kisah perjuangan yang entah mengapa, banyak digelapkan sejarah lalu hilang ditelan zaman. Dan sekarang Rasyid mahu ia didedahkan kerana pemuda ini percaya ia berkaitan dengan kesejahteraan umat Islam juga...

Nenek pernah berkata demi mengelakkan rakyat berbalah, Keramat Kuala Bidor sanggup meninggalkan kerajaan kepada adindanya yang mahu merebut takhta. Ada pula pihak menyebut peristiwa itu juga melibatkan perbalahan agama. Apa yang Rasyid tahu, Perlak pernah mengalami pertembungan besar-besaran golongan Syiah dengan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tahun 918 dan 976 Masihi... Tak pastilah jika Keramat Kuala Bidor terlibat sama.

Sejarah mencatatkan, keSultanan Perlak bermula tahun 840 Masihi dengan pertabalan Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah, cicit Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang dikatakan berfahaman Syiah. Fahaman ini dituduh pelbagai pihak sebagai sesat, malah kafir pula. Maka itu, kebanyakan buku sejarah tidak mengiktiraf Perlak sebagai kerajaan Islam sejati. Sebaliknya Samudera dan Pasai yang diasaskan abad ke 13 Masihi, 400 tahun selepas kemunculan Perlak pula dianggap kerajaan Islam tertua di rantau ini.

Ada riwayat menyatakan bahawa ada seorang Sultan di Semenanjung Melaka, maksudnya Semenanjung Tanah Melayu, bernama Sultan Muhammad Syah sezaman dengan Sultan Perlak yang bernama Sultan Makhdum Alauddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat (1225 - 1263- lebeh kurang). Sultan Muhammad Syah telah berkahwin dengan puteri Sultan Perlak ini yang bernama Puteri Ratna Mala; dan adik puteri ini telah berkahwin dengan Sultan Malik us-Salih Samudera-Pasai (1262 - 1289).

Memang ada catatan puteri Sultan Perlak, Malik Muhammad Amin berkahwin dengan seorang Sultan bernama Muhammad Shah dari Semenanjung Tanah Melayu. Malah ada tercatit dalam salasilah yang mengaitkan keSultanan Melaka, Aceh, Samudera-Pasai, Perlak juga Brunei yang disahkan oleh orang besar Brunei, Haji Pehin (sorry lupa nama dia tapi memang ada) yang terpampang di Muzium diraja Bukit Chandan yang dahulunya istana diraja sebelum Istana Iskandariah siap.

Cuma ada perbezaan pendapat dalam menyatakan siapakah Sultan Muhammad Shah yang dimaksudkan kerana mengikut catatan rasmi sejarah, keSultanan Melaka bermula tahun 1400 Masihi ke atas sedangkan Sultan Malik Muhammad Amin hidup sampai tahun 1292. Maka ada yang mengatakan Sultan Muhammad Shah yang dimaksudkan adalah nama Islam salah seorang moyang Sultan Melaka yang bertakhta di Singapura, sebelum Parameswara (ni Mat Saleh yang panggil. Ada yg tak setuju nama ni!) atau Sultan Iskandar Shah membuka Melaka lagi.

Ada pula yang kata Sultan Muhammad Shah itu salah seorang Raja Kedah, yang kata Raja Brunei pun ada!

Apapun, catatan yang disepakati ahli sejarah, Sultan Iskandar Shah ada berkahwin dengan seorang puteri dari tanah Aceh (sebelum nama Aceh terkenal), lebih tepat lagi anak Raja Pasai. Dan ini dikatakan berlaku semasa baginda berumur 72 tahun, selepas Melaka dibuka tahun 1400 ke atas.
Perlak pula diserapkan ke dalam Samudera dan Pasai semasa zaman pemerintahan Sultan Malikus Salih lagi (mangkat tahun 1297 Masihi).

Jadi susah nak kata siapakah Sultan Muhammad Shah yang berkahwin dengan puteri Sultan Malik Muhammad Amin itu. Kecuali kita ikut cara orang lama, jangan kira tarikh. Kerana hakikatnya tidak ada masa kecuali untuk memudahkan kefahaman akal orang biasa. Dan kadang-kala orang yang kita kira hidup tahun 1200an sama dengan orang yang hidup tahun 1400an walaupun memakai bermacam-macam nama. Dan orang yang sama juga boleh muncul pada tujuh tempat berlainan dalam masa yang sama! Maka macam-macam benda yang tak masuk akal ikut perkiraan logik akal dapat difahami, insyaallah dengan petunjuk yang diiringi istikharah. 

Subhanakala ilmalana illa ma alamtana innaka antal alimul hakim.
Allahu haq!

Tentang Nakhoda Hitam @ Laksamana Tok Kuala Bidor, biar diceritakan sikit kaitannya dengan keSultanan Perak, bermula abad ke 18 Masihi....

Mengikut salasilah kerabat diraja Perak, keSultanan Perak yang merupakan satu-satunya warisan keSultanan Melaka yang masih wujud hingga ke hari ini juga mempunyai titisan darah KeSultanan Aceh. Melalui perkahwinan puteri Sultan Perak kedua, Sultan Mansur Shah (memerintah1549-1577) dengan seorang Raja Aceh, tidak pastilah yang mana...

KeSultanan Melaka pula telah lama mendapat suntikan darah diraja bumi Serambi Mekah kerana kajian sejarah menunjukkan seorang Sultan Melaka dahulu, Sultan Megat Iskandar Shah telah berkahwin dengan puteri Sultan Pasai. Sebuah salasilah yang terpampang di Muzium diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar pula menyatakan seorang moyang Sultan Melaka yang pernah memerintah Singapura, juga tidak ingat yang mana telah mengahwini puteri Sultan Perlak. Maka darah diraja ini mengalir kuat dalam diri mereka.

"Pertalian darah Melaka-Aceh-Perak ini diperkuatkan lagi apabila Sultan Perak ke-18, Sultan Ahmaduddin Shah (memerintah 1792-1806) mengahwini Che’ Pusa Puteh, cucu Laksamana Tok Kuala Bidor yang berasal dari Aceh," seorang ahli kerabat diraja Perak pernah memberitahu. "Kecuali Sultan Shahabuddin (Sultan ke-21, memerintah 1830-1851. Cucunda Sultan Ahmaduddin dengan Raja Tengah Bongsu binti Sultan Muzaffar III) dan anakandanya Sultan Ali Al-Mukammil (ke-24, 1865-1871), Sultan Abdullah I (ke-22, 1851-1857, cucunda Sultan Ahmaduddin dengan Che’ Sofia binti Imam Malikul Amin) serta anakandanya Sultan Yusuf Sharifuddin (ke-27, 1877-1887) dan Sultan Ismail Mu’abuddin (ke-25, 1871-1874, anakanda Sheikhul Amin Raja Abdul Rahman dari Siak dengan Raja Mandak, puteri Sultan Ahmaduddin), Sultan-sultan Perak seterusnya adalah keturunan mereka berdua."

Tetapi pada pemuda itu (Rasyid), apa yang lebih penting adalah kaitan Sultan-sultan ini serta ahli keluarga mereka dengan pemilik sebuah makam purba berusia sekitar 1,000 di Teluk Intan, bandar kelahiran ayah. Satu kaitan yang menyeberangi Selat Melaka ke bumi Serambi Mekah malah menjangkau jauh hingga ke Baghdad, Mekah dan Madinah!

Hah... Barulah berkait balik dengan Keramat Kuala Bidor 

Ni lah agaknya..datangnya citer Black Pearl and The Pirates of the Black Carribean Sea..Captain Jack (mcm yg bro far8 cakap  ;D).Biasalah mat salleh..nama2 yg power dan ada legenda..ditukaunya nama jadi nama mat salleh. ;D

Memang Nakhoda Hitam pernah dikenali sebagai lanun ganas yang dok terrorise area kuala Sungai Perak. Base dia kat Pulau Sembilan. Sampai sekarang orang kata ada banyak harta karun lanun kat Pulau Sembilan tapi orang tak dapat bawak keluar.

Tapi lah, kalau Nakhoda Hitam ni setakat lanun, orang jahat je, kenapa Sultan Perak masa tu Sultan Muzaffar Shah III boleh angkat dia jadi Laksamana pertama Perak? Itulah yang dikenali sebagai Laksamana Tok Kuala Bidor... Sultan ni bukan sebarang orang, dikenali sebagai Marhum Hajiullah sebab boleh pergi Mekah sekelip mata n balik. Takkan dia tak tahu beza lanun dengan bangsawan?

Itulah... Mat Saleh aje yang panggil Nakhoda Hitam tu lanun... Memang dia dan pengikutnya jadi lanun kat Pulau Sembilan... Tapi diaorang attack kapal-kapal Mat Saleh dan mereka yang berkerjasama dengan penjajah saja... Pasal apa... Pasal laknat ni semua dah kacau tanah-air kita lebih-lebih lagi Belanda... Time tu tahun 1740an gitu...

Samada Nakhoda Hitam mengilhamkan Black Pearl atau Pirates if the Black Carribean Sea, tak tahulah. Tapi kalau ia betul tak mengherankan.Bukankah Mat Saleh juga yang menulis anak-anak raja Bugis lima bersaudara sebagai lanun belaka... Sampai raja-raja Melayu dikatakan berasal dari keturunan lanun? Cis... Cis...  ;anger

Tahu pasal Raja Haji Marhum Syahid Fisabilillah yang mangkat ketika berperang di Teluk Ketapang tahun 1784? Tahu Teluk Ketapang kat mana?
Pernah sekali M. Nasir tidur kat rumah bapak angkat Rasyid. Dia ada bukak cerita yang dia berminat nak buat filem pasal Raja Haji ibni Daeng Chelak. So dia tanyalah Teluk Ketapang kat mana, sebab tak da pun dalam peta Malaysia. Tau kat Melaka je...
Habis bapak angkat Rasyid suruh refer kat Rasyid... dia pun ceritalah... Tau kenapa takda nama Teluk Ketapang? Sebab dah tukar nama jadi Teluk Mas... Next... Teluk Mas famous pasal apa? ... Pasal ada Sekolah Henry Gurney, sekolah budak jahat! Jadi tempat gugurnya pejuang Melayu yang paling digeruni penjajah zaman itu telah hilang nama, dijadikan pula kem budak-budak jahat. Maka setiap kali tersebut atau terfikir kawasan itu, teruslah kita terkait dengan budak jahat!
Begitulah liciknya penjahat memadam sejarah Melayu dan buat para pejuang kita jadi penderhaka dan orang jahat.... Cis... Cis... Menggelegak darah  ;anger ;anger ;anger!!!

Ikut sejarah RASMI Perak, Nakhoda Hitam datang dari arah Aceh (ada kata Haru di selatan sempadan Aceh sekarang, ada kata belah Pasai kat bandar industri Lhoksumawe, kampung P. Ramlee) pada zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke 13 iaitu Sultan Muzaffar III (memerintah 1728-1754 Masihi).
Beliau juga dikatakan berketurunan Bugis, sama seperti seorang pembesar terkenal Perak zaman itu iaitu Daeng Selili, Maharajalela pertama Perak yang juga dikenali sebagi ulamak bergelar Haji Besar, juga bodyguard dan adik ipar Sultan.

Tapi mengikut kajian Rasyid (berdasarkan kitab Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji yang memperincikan aktiviti-aktiviti anak cucu kerabat Raja Bugis Lima Bersaudara ) mereka berdua bukanlah dari golongan itu (golongan anak cucu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Chelak etc.) Apakah mereka adalah Bugis dari cabang lain?

Kebetulan dalam tempoh masa yang sama di Aceh, seorang pembesar yang dikatakan berketurunan Bugis iaitu Laksamana juga Orang Kaya-kaya Maharajela Melayu (dia pakai dua gelaran) telah diangkat menjadi Sultan Alauddin Ahmad Shah Johan Badr Berdaulat (memerintah 1727-1735). Sul tan ini adalah keturunan seorang ulamak besar Aceh tahun 1600an yang dikenali sebagai Daeng Mansur bin Sheikh Abdullah Al-Malikul Amin.
Apakah mungkin Nakhoda Hitam yang menjadi Laksamana PERTAMA Perak dan Daeng Selili ada kena mengena dengan Sultan ini?

Sebenornya baik Daeng mahupun Raden adalah gelaran BANGSAWAN yang ditujukan kepada orang-orang berketurunan mulia, baik dari belah raja mahupun anak cucu Nabi... Seorang Daeng yang datang ke Tanah Jawa boleh dipanggil Raden kerana Daeng dan Raden bukanlah nama tetapi gelaran jua, sepertimana perkataan Syed itu bermakna "Tuan" dan Sharif itu "Yang Mulia".
Tentang Said Linggi berdarah Bugis tapi keturunan Rasulullah SAW.......

Seorang wali besar keturunan Nabi telah pergi ke Aceh sebelum ia bernama Aceh. Disebabkan kelebihan "payung" yang terserlah daripadanya, dia pun diangkat menjadi raja... Anak cucunya terus menjadi raja tapi bawah-bawah tu ada gaduh adik-beradik. Orang yang lebih layak pun terbuang. Tapi dua keturunan kemudian (cucu dia) naik balik bukak kerajaan baru jadi raja besar.

Sampai masanya, cucu raja ini pulak bergaduh. Adik yang tersisih (walaupun adik, dia banyak mewarisi kelebihan atuknya macam cite Qabil dan Habil le gitu) dibuang negeri. Disebabkan kerajaannya dirampas si abang, kemudian si adik mangkat apabila mahu kembali ke tanah airnya, maka anak kepada adik ini pula merajuk membawa diri bukak negeri baru jauh ke selatan.
Dua tiga keturunan ke bawah, gaduh adik-beradik lagi... Berapa keturunan dok ulang cite yang sama. Lari sampai ke Jawa. Sampai satu peringkat lari ke Sulawesi pulak kira dah habis hujung Nusantara tu, beranak pinak di sana.

Ditakdirkan Allah SWT, sampailah ketika cucu kepada pewaris yang lari ke Sulawesi ni kembali ke Aceh... Sampai di sana, dia pun dikenali sebagai Daeng orang Bugis sebab dah dua tiga keturunan dok sana padahal tok-nenek moyang lebih ke atas memang berasal dari Aceh. Malah kalu dikira beberapa keturunan lagi ke atas, dia sebenarnya orang Arab.
Begitula kira-kira adanya  , keturunan Nabi pulak...

Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka...

- Kata-kata Sultan Muzaffar Shah I, ketika sampai di kuala Sungai Perak.  

...Anda pernah berada  dekat Teluk Rubiah, ngadap Pulau Katak, salah sebuah dari Pulau Sembilan...?

Area ni le tempat Nakhoda Hitam suka main masa dia jadi lanun dulu. Masa jadi Laksamana Perak pun di banyak berkawal kat sebelah situ. Dan banyak lagi "lanun" dok main kat situ sampai sekarang 
Lebih kurang seratus tahun lepas zaman Nakhoda Hitam, area Pulau Sembilan, Dinding n Manjung ni jadi sarang lanun balik sampaile seorang ulamak dan pahlawan daripada Batubara, Sumatera mai benteras diaorang. Nama dia Nakhoda Muhammad Taib, tu le nama jalan kat sebelah masjid jamek Lumut.

Bila berlaku Perjanjian Pangkor 1874, area ni pun British ambik jadi Straits Settlement atau jajahan-jajahan selat. Tapi diaorang tak majukan macam Pulau Pinang n Melaka. Sebab apa? Sebab penjajah setakat nak port askar kat situ supaya terputus le bantuan pejuang Melayu dalam menentang penjajah, bantuan yang datang dari belah Sumatera terutama Aceh.

Lepas merdeka, barule Lumut mula nak hidup balik, lepas naik Pulau Pangkor. Semalam terkejut jugak tengok Lumut dah lama jugak tak sampai sini... Dah nak jadi macam Langkawi le dia punya pembangunan resort town....

Ada org kata heboh sg. sungkai ada buaya putih..dan di kampung menderang ada tinggalan kota lama dan terdpt batu bentuk org bertapa.. org kata itu lah hang tuah.. ;shock2

Adakah buaya putih itu yg menyambar taming sari......?

Mengikut kajian kawan ni....

Buaya putih yang sebeno ada satu je... Tapi bole menjelma banyak tempat dan banyak zaman.... Dia gaK yang ada kat Sungai Muar, dia gak kat Pengkalan Baru Perak, dia gak yang Keramat Kuala Bidor bela masa kecik, dia gak yang orang nampak Nakhoda Hitam naik buat macam sampan, dia gak yang kamceng ngan Raja Ahmad, dia gak yang bagi kapal Sultan Muzaffar I Perak tersangkut kat Beting Bras Basah, dan dia gak yang sambo keris Taming Sari daripada pinggang Hang Tuah...

Macam gak Harimau Tok Tepok untut dan tempang satu kaki boleh dok muncul satu bumi Melayu ni pada satu masa juga pada banyak zaman, boleh gak jadi orang, bole gak jadi Bendahara...

Kenapa? Apa kaitan semua ini?

Ini le cite kaitan ngan zuriat berdaulat yang terbit dari Mekah, bawak ke Kufah, bawah ke Jilan, bawak Baghdad, bawak ke Bandar Khalifah di Perlak (dalam Aceh skerang), bukak Samudera-Pasai, bukak Bruas lama untuk ganti Gangganegara, pinjamkan daulat kat Melaka, ambik balik daulat bawak ke Aceh sebelum sampai masanya penjajah meratah bumi Melayu lalu bertebaran zuriat-zuriat berdaulat ke merata tempat...

WALLAHUAALAM BISSAWAB.


2 comments:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)