Monday, February 7, 2011
Nimrod/Namrud
Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatangkan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu kepada angin sejuk.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Sebagaimana yg telah kita sering kedengaran bahawa "sejarah kembali berulang", inilah yg terjadi sejak akhir-akhir ini di mana segala perlakuan sejak dari zaman Para Nabi dan Rasul pastinya terjadi kembali di zaman akhir ini. Bagitulah jikalau kita perhatikan sebagaimana Namrud yg ingin menguasai dunia dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Kita tahu Israel membina monumen untuk Firaun. Kita juga tahu bahawa Freemasonry berkaitan dengan tukang batu. Kita juga tahu dari banyak sumber bahawa Rothschild menganggap dirinya sebagai keturunan dari Nimrod. Sumber-sumber lain (misalnya "William Josiah Sutton, The Illuminati 666, 198) mencatatkan bahawa Nimrod adalah orang pertama yang mengajar seni batu seperti dalam menara Babel.
Kita juga pernah baca bahawa Nimrod dikaitkan dengan Baal atau Molech.
Kota kuno Carthage merupakan ibukota Empayar Phoenicia. Satu Tamadun maju. Para arkeologi telah mendedahkan ciri-ciri yang paling penting - insiden pengorbanan anak. Peninggalan arkeologi telah dijumpai, seperti altar di mana anak-anak dikorbankan menandakan tempat pemakaman tetap. Ukiran Batu menggambarkan anak-anak yang dikorbankan. Kubur-kubur tinggalan kanak-kanak yg telah dikorbankan turut dijumpai.
"Dan mereka membina tempat-tempat tinggi Baal yang ada di lembah Ben-Hinom, untuk menyebabkan anak-anak mereka dan anak perempuan mereka melewati api untuk Molech" (Yeremia 32:35).
"Mereka telah membina juga tempat-tempat tinggi Baal untuk membakar anak-anak mereka sebagai persembahan kepada Baal" (Yeremia 19:5).
Di sini Alkitab menyiratkan apa yg ditemui arkeologi moden dan antropologi : bahawa Molech dan Baal mewakili dewa pagan yang sama. Isteri Baal adalah Asyera dan isteri Molech adalah Asytarot (Ishtar). Asyera dan Asytarot merupakan dewi kesuburan yang sama. Dewa-dewa ini diketahui oleh orang Yunani sebagai Aphrodite, untuk orang Mesir sebagai Isis, dan ke Phoenicia sebagai Tanet.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah ”Ridda” yang bermaksud ”murtad”.
Ketahuilah bahawa kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue Room Christmas tree
Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Tammuz
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis di anggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Ancient goddess
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Statue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13 : 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’ bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam bahasa babiloniannya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
Sebagaimana Namrud yg telah di selewengkan oleh Iblis dalam pengabdian pada Tuhan merupakan sifat dari Babel Besar di dunia ini iaitu penyembah Lucifer.Luciferians telah hidup dan mempromosikan penyembahan Lucifer melalui Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft. Dia bertekad untuk menggulingkan semua agama dan kerajaan. Tujuan mereka adalah untuk menyatukan dunia ke dalam One World Government serta menjadikan Lucifer sebagai satu-satunya tuhan di dunia ini!
Wicca adalah versi moden dari Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft dengan berjuta-juta ahli lelaki dan wanita. Kita lihat bagaimana Lucifer di masa lalu dan kini menggunakan Secret Societies, Komunisme, International Banking, isu-isu sosial untuk melanjutkan rencana mereka.
Bertentangan dengan apa yang mereka lakukan untuk menganiaya atau berbohong tentang apa yg kita ingin percayai, Wicca adalah cara yang sangat damai, harmoni dan meyeimbangkan kehidupan yang mempromosikan kesatuan spiritual dengan semua yang ada.
Inilah plot syaitan yg dilancarkan kembali sejak 1760 ketika pertama kali muncul dengan nama "Illuminati." Sebagaimana yg telah di ketahui, Illuminati ini di wujudkan oleh Adam Weishaupt, seorang kelahiran Yahudi kemudian menjadi seorang imam Katolik yg di atas perintah 'House of Rothchild' maka terancanglah kembali Illuminati secara halus.
Rothschild yg membiayai operasi dan setiap perang sejak itu bermula dengan Revolusi Perancis, telah dilantik oleh operasi Illuminati di bawah pelbagai nama. Illuminati menjadi terkenal di mana Weishaupt dan rakan-konspiratornya mula beroperasi di bawah nama yang lain. Di Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia I, mereka mendirikan apa yang mereka sebut "Council on Foreign Relations" disebut juga sebagai CFR dan CFR ini sebenarnya adalah Illuminati di Amerika Syarikat dan hirarkinya.
Weishaupt menyelesaikan tugasnya 1 Mei 1776. Jadi tidak hairanlah mengapa kita hari ini menyambut 1 mei sebagai cuti umum. Itu adalah hari, 1 Mei 1776, yang rencananya Weishaupt selesai dan secara rasmi terancang Illuminati untuk menyenaraikan rencana ke dalam pelaksanaan. Rencana tersebut diperlukan untuk menghancurkan semua kerajaan yang ada dan juga penyelewengan terhadap agama. Tujuan itu adalah untuk membahagikan rakyat seperti yg ia (Weishaupt) sebut: "goyyim" atau ternakan manusia dalam meningkatkan jumlah pada isu-isu politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain - Inilah yang kita dapati dalam negara hari ini.
Awasi program yg di-Program-kan.
di petik dr blog Hikmatun dan di olah semula

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

19 comments:
Nampak sangat anda termakan dakyah penipuan. Hamba telah terjemahkan kisah nabi dari kitab Al Anabaya yg ditulis oleh bangsa Malayu dan ketahuilah siapa sebenarnya 72 kaum yg sesat. Hamba lebih percaya sejarah yg di tulis oleh bangsa hamba sendiri kerana sudah terbukti kehebatan bangsa Malayu di zaman dahulu. mahadaya-asalama.blogspot.com
Terima kasih berkongsi info
Salam semua...
Kepada Al Mahadaya, penipuan yg mcmane tuan hambe maksudkan...
Sy maseh lagi menaruh kerpcayan terhadap Kitab Melayu yg ditulis sendiri oleh Orang Melayu...
dan hari ini nampak jugak yg tuan maseh lagi mempercayai terhadap orang melayu, kan... tetapi kenape ade setengah artikel dan komen dr tuan seolah-olah menolak Hadis Rasulullah s.a.w. dan juge Para sahabatnye.
Kitab2 Melayu byk berdasarkan dr sunnah dan sahabat baginda dan pernah sy terbace komen saudara yg menolak kitab Al-Quran yg ada sekarang ini kononnye bacaan seperti itu sengaje diciptakan.
Blog tuan itu sendiri penuh dengan ayat yg kadang tu sukar utk d bace tetapi tuan kate maseh percaya dgn Bangsa Melayu sedangkan tuan seolah-olah tidak mahu menerima bahase melayu yg dipertuturkan . Bukankah bahase itu jiwe bangse.
Terima kseh kembali Umi Honey.
inila dia orang kita. gedik sana gedik sini. gaduh pasal kitab tu kitab ni. cubalah sama2 ikut alquran & sunnah yg barangsiapa mengikutinya tak akan sesat selamanya (khutbah terakhir muhammad).
salam tuan anon February 19, 2011 4:13 PM....
gedik mcmane tu tuan maksudkan...
kitab melayu karangan orang kite dahulu berpandukan sunnah dan tidak lari dr petunjuk Al-Quran....
Orang2 tua terdahulu meninggalkan amanat buat umat terkemudian dalam hendak beriman kepade Tuhan yakni mengesekan Tuhan dahulu...
KItab dr mereke sekadar tulisan dan yg penting kite menyusuli perjalanan mereke...
Adat Budaye kite berlambagkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan kite hendaklah yakin dgn perjalanan yg di bawe oleh mereke... sy tak maksudkan kesemua kitab yg berlambak d pasaran sekarang ini ttp kitab yg terdahulu seperti Sulaltus Salatin, Misa Melayu dan ade byk lagi yg kini sudah dilupekan...
Kitab Malayu adalah konsisten dan menerangkan bagaimana agama tuhan yg sebenar. Agama yg hukumnya di tegakkan melalui kitab. Hamba ingin tanyakan tuan hamba, bolehkan hadis di jadikan hukum agama? Hadis bermaksud perkataan dan ini bermaksud ianya hanya perkataan dan tidak boleh di jadikan hukum kerana apa2 hukum selain hukum tuhan adalah hukum manusia. Islam di cipta menggunakan hukum hadis yg bercanggah dgn al quran jadi agama apabila kita mengkaji kitab2 Malayu terdpt btk percanggahan. Sebagai contoh di dlm kisah Hang Tuah, raja dan pegawai istana biasa meminum arak namun tiada percampuran lelaki perempuan. Hanya di kalangan pembesar saja dan al quran tidak mengharamkan arak, ini bermakna Islam belum wujud di zaman kesultanan Malaka kerana al quran belum di bariskan dan hadis2 belum dicipta untuk memadamkan hukum2 tuhan.
wahai encik/eik mahadaya....
Sebelum sy menjawab soalan tuan hamba, boleh tuan hamba beritahu sy, atas maksud apa tuan hamba mengikuti panduan Al-Quran?
Tuan hamba sedar tak, Al-Quran diturunkan kepada siapa? Dan kenapa Allah s.w.t. memilih Rasulullah s.a.w. sebagai insan terpilih utk menerima wahyu dr Tuhan dan siapa pula yg layak menunjuk cara dalam melaksanakan perintah2 tuhan?
Dalam hendak meyakini atau beriman dgn tuhan perlulah mengikut cara yg ditunjuki oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan hanya itulah saja cara yg selayaknya utk beriman atau meyakini akan kewujudan Tuhan Semesta Alam.
Para sahabat baginda pun ada yg melalui zaman kehidupan jahiliah. (maksud sy dorang lebih buruk akhlaknya daripada meminum arak), tetapi dgn panduan dan cara yg ditunjuki oleh Baginda Rasulullah s.a.w akhirnya mereka juga telah diredhoi oleh s.w.t. sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al- Bayyina..
1 - Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
2 - Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
3 - Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar
4 - Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
5 - Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
6 - Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
7 - Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
8 - Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
- Al-Bayyina ayat 1-8
Benarlah segala firman Allah itu.
Sebagai seorang manusia yg ingin beriman dgn Allah s.w.t. kita tak terlepas dr kesilapan dan kesalahan jadi utk membetuli kesilapan itu hendaklah kita berbalik kepada cara yg ditunjuki oleh Baginda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yg telah disampaikannya.
wallahualam.
terasa tertarik pulak dengan perdebatan anda dengan anda tentang suatu yang aku fikir sangat rumit(itu bagi aku)dari membaca keseluruhan entry saudara..
mungkin dengan kecetekan ilmu agama aku hanya ingin mengetahui,membaca dan memahami...
sebenarnya2, dari apa yg saya cari, semua2 kisah ini kebanyakannya adalh berasal dari tulisan Barat (Illuminati dan Freemason). yg hairannya, kita buta2 menerima tanpa mengkaji. Tidakkah anda tahu orang Barat ini telah sesuka hati menokok tambah kepada ajaran asal Kristian? Hatta Christmas itu pon tidak ada di dalam Bible, ia hanyalah perayaan kaum Pagan.
Tahukah anda perihal Dajjal tidak pernah disebut di dalam al-Quran, tetapi hanya disebut di dalam Hadith. Bukan saya menolak hadith, maksud saya al-Quran itu adalah sumber utama kita, jika tidak disebut, mengapa kita perlu kecoh2 seperti ia nya ialah tuntutan di dalam al-Quran? Hadith gunanya untk memperkuatkan dan membantu kita memahami al-Quran, itu mkasd saya.
Yang penting tiang agama kita itu dulu sebagai Islam kena kuat, bukan heboh dengan propaganda2 Barat yg entah benar ke tidak ni. Ramai orang kita suka2 hati menterjemahkan secara terus 'anti-christ' yg ditokok tambah ceritanya oleh barat sebagai 'dajjal'. bila mereka mengaitkan illuminati dan freemason dengan anti christ, kita pun cepat2 menganggap cerita itu benar apabila ada pula 'menamakan' semula anti christ sebagai dajjal. Tiba2 sahaja Illuminati dan Freemason ialah musuh Islam, sedangkan itu ialah cerita2 dongeng dari Barat. Huh?
@Al Mahadaya:
Al-Quran tidak mengharamkan arak? Setahu saya larangan meminum arak dilakukan secara berperingkat2, dan semua peringkat terdapat di dalam Al-Quran, bukan Hadith.
Sila rujuk:
Ayat 67, surah al-Nahl.
Ayat 219, surah al-Baqarah.
Ayat 43, surah an-Nisa'.
Ayat 90, surah al-Maidah.
Jika anda lihat, terdapat segelintir ayat seolah2 'mengharuskan'nya, tapi itu kerana pada zaman dahulu pengharamannya dilakukan secara berperingkat2. ini jadi apabila kita ambil Quran sedikit2, dan buang yg lain.
AL MAHADAYA TU MAKHLUK APA YE...?AGKNYE DIA NI BARU TURUN PLANET MARIKH KOT..EMM..XGUNA NK BRDEBAT NGAN ORG YG UTAMAKAN BANGSA DARI AGAMA MCM DIA NI..
As-salam Ghost Writer..
terime kaseh di atas kesudian membace artikel di sini.... janganlah anggap ape yg saudare bc di atas adalah satu perdebatan krn implikasinye lebih kepade keburukan, berlapang dada dan anggaplah ini sbg suatu muzzakarah sesame kite ...
dalam perihal agama tiade siapa yg pandai, membaca dan mengetahui merupekan asas utk kite mencapai kefahaman agama. seperti mana kata2 dr M.O (MistisFile) 'utk melengkapkan puzzle', pada pendapat sy, puzzle yg terpisah utk dilengkapkan adalah melalui pengamalan dan dr sinilah dtngnya kefahaman agama. Apabila saudara sudah faham maka itulah Ilmu yg sebenarnya.
As-salam kpd saudara Shah... terima kaseh krn meluangkan masa utk bersama...
memang benar seperti apa yg saudara katakan,kebanyakkannya berasal dr tulisan barat dan inilah konspirasi yg mrk cuba cetuskan sehingga ianya kedengaran seolah-olah satu dongengan dan pada dasarnya memang sukar utk kita lihat perkara ini diperkatakan secara umum.
Mrk kini telah menular dgn cara yg amat halus seolah-olah kita sudah tidak berdaya melakukan sesuatu dan menafikan mereka hatta utk mempertahankan bangsa dan agama. Kini tinggallah mrk yg melalui program2 khusus yg maseh menyedari dan memelihara warisan turunan kita. Adat dan Budaya melayu merupakan kebijaksanaan dan satu rahsia besar orang melayu.
Saudara Shah, Agama Islam berkait rapat di antara Al-quran dan sunnah, jikalau kita abaikan salahsatu maka pincanglah agama. Al-Quran adalah perintah maka cara pelaksanaannya adalah mengikut cara yg ditunjukki oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Mcmana saudara nk tahu taktik perang seandainya tidak ditunjuki oleh Baginda Rsaulullah s.a.w.?
Kpd saudara pohon kurma, semoge Allah s.w.t.melimpahkan karunia dan hidayahnya kepada kita semua...
Salaam..
Saya bukan nak berdebat atau memihak mana-mana pihak.. kerana "Biar aku dengan agamaku dan kamu dengan agamamu.."
Walaupun agamamu Islam dan agamaku Islam.. akan tetap bertekak jugak.. dan kembali kepada surah alam nasrah tuh..
Islam Itu Indah.. Islam Itu mudah..
"Aku mengikut sangkaan hamba²ku"
Kesian dengan Zaim Zaiman ni..
Melayu dulunya kapir..
Agama ni fahaman masing-masing
Manusia kene terima..
Fahaman agama tu boleh berubah-ubah, kalau x, manekan timbulnya perkataan murtad..
Kalau arini kite Islam, belum tentu esok lusa sampai kiamat kite dan cucu cicit kite beragama Islam
Tapi kalau kita arini bangsa Melayu, Cina atau India, pasti esok lusa sampai mati kita adalah bangsa Melayu, Cina atau India.
salam kembali utk onlineinsurance...
yer saudara.. "utkmulah agamamu dan utk ku lah agamaku"
Terima kaseh buat Ja Labu krn kesiankan sy...
kalo kapir, tu bkn mim lam alif ya wau.
Kefahaman agama adalah hak mutlak Allah s.w.t. dan sekiranya arini kita Islam bermohonlah pd Allah agar kita tidak dibolak-balikkan hati kita menganut agama yg bertuhankan selain Allah.
Apa la nak digaduhkan dengan satu benda yang remeh...Islam adalah agama yang memudahkan bukan menyukarkan.jangan kaitkan melayu dengan islam kerana ianya 2 perkara yang berbeza.apa nak dibanggakan dengan melayu kerana melayu sendiri tidak mengajar seseorang itu kearah kebaikan(bukan semua tau!)...kalau dilihat banyak penulisan semasa zaman kesultanan melayu yang boleh dipertikaikan.dan sehingga hari ini tak banyak input dapat membantu mengukuhkan setiap penulisan disetiap makalah tersebut.contohnya hang tuah...adakah hang tuah benar benar wujud??? atau donggengan saja????....walaupun dalam sejarah melayu menerima islam sejak zaman dulu lagi tetapi dimana arah tuju melayu selepas menerima keislaman tersebut????kerana sehingga hari ini melayu masih melaksanakan adat hindu yang dikatakan melayu itu..percaya atau tidak itulah realiti...lebih baik islam itu diangkat melebihi bangsa kerana agama itulah yang membawa kita kejalan syurga.dan anda harus faham...melayu bukanlah bangsa yang kuat kerana kita sehingga kini masih dijajah dan dibonekakan oleh satu pengaruh yahudi freemason.kalau kita sebut pasal malaysia.berapa ramai yang tahu tentang sejarah nama malaysia???...kenapa???sebab kita dimomokkan oleh pemimpin melayu yang sanggup gadaikan maruah kepada penjajah yahudi (didalangi gerald templer)merangka satu sejarah baru yang sebenarnya langsung tidak wujud.dan sejarah itulah yang diajar pada anak malaysia sehingga kini dan mungkin 100 tahun lagi...perkataan malaysia sendiri telah dirangka atau dicipta beberapa pemimpin yahudi dan barat yang menganggotai ahli majlis freemason pada zaman sebelum 1900(kira kira akhir 1800 kalau tak salah aku)lagi..dan tak hairan jika dokumen draf perancangan penubuhan malaysia sudah dirancang sejak dulu lagi.Dan ianya tersimpan kemas di muzium british dan muzium freemason sendiri.dan tidak hairan jika bendera,tugu negara,tugu memorial dll mirip seperti di US yang dicipta oleh freemason.dan perkara ini juga diakui oleh beberapa orang pengkaji dan juga bekas ketua menteri sabah(bekas ahli freemason).dari banyak banyak komen aku tertarik pada ayat ni " Tiba2 sahaja Illuminati dan Freemason ialah musuh Islam, sedangkan itu ialah cerita2 dongeng dari Barat."....subhanallah....mungkin sukar untuk membuktikan dengan mata kepala sebab freemason sendiri bukanlah satu pertubuhan yang terbuka kerana ianya beroperasi secara tertutup.walaupun kuilnya masih bersepah diseluruh malaysia contohnya di ipoh(sebaris istana sultan perak)bukan mudah untuk disentuh kerana ianya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan itu sendiri.freemason bukanlah satu pertubuhan yang bagus kerana ianya mempunyai muslihat terancang untuk mengatur perjalanansesebuah kerajaan diseluruh dunia moga impian mereka untuk melihat kristian dan islam hancur...dan jangan lupa merekalah tulang belakang dalam perang salib yang meruntuhkan empayar islam....so,moral storynya tak perlulah kita bergaduh sesama islam sedangkan dalam waktu yang sama musuh islam sudah hampir untuk meruntuhkan moral umat islam secara senyap.janganlah kita terlalu angkuh dengan hujah dan dalil dengan memetik surah atau hadis sedangkan dalam waktu yang sama pemikiran kita jauh lebih dangkal..........
hapuskan pengaruh freemason,islam for all.......
salam kepada Anon March 8, 2011 7:51 AM....
terlebih sy mohon maaf sekiranya sy tersalah kata dan bahasa...
sy setuju dgn saudara berkenaan pandangan saudara mengenai golongan freemason ni dan sehingge kini memang agak sukar utk kite ketengahkan perkare ini tetapi ape pun usahe tetap diteruskan semoge bg mrk yg ambil fikir dapat menyedari dan mengambil langkah yg sebaiknye....
sy bknlah berniat nk bergaduh malah berdebat samesekali pun tidak, hanye sekadar utk kite same2 ambil fikir...
berkenaan pandangan saudare mengenai Bangse Melayu sy rase perlulah dikaji dgn lebih mendalam lagi dan sy maseh dalam usahe utk mengetengahkan fakta dalam kajian yg seterusnye...
seperti mane saudare katekan ttg pemimpin melayu yg sanggup gadaikan maruah kepade gerald templer, ini merupekan salah satu dalam perencanaan mereke, dan mrk tidak akan berhenti dalam usahe utk menghancurkan bangse melayu ini krn bangse Melayu adelah bangse agame tetapi pade hari ini bangse melayu itu sendiri telah hilang identiti keagamaan mrk.
Memang benar agame Islam membawe kite kepade jalan syurge tetapi Islam yg mcmane tu? Sedangkan Nabi pernah bersabde yg bermaksud "bermulenye agame dgn mengenal Allah". Apekah kite hari ini mengaku Islam dan telah mengenal Allah?Adekah Islam yg seperti saudare tgk hari ini di mane gejale maksiat berleluase?
Di dalam pepatah melayu ade mengatekan, 'tersesat di hujung jalan, baliklah kamu ke pangkal jalan'. Jadi di mane pangkal jalannye?
Di sinilah perkaitan rapat pepatah orang2 melayu kite dahulu dgn Islam, jadi pangkal jalannye adelah balik dgn care sebagaimane Rasulullah s.a.w. bermule mengenal Allah.
Berkenaan yg saudare katekan ttg adat melayu yg menyerupai adat hindu itu pule sy syorkan agar saudare kaji dgn lebih teliti kenape jadi sedemikian?
Maseh ingatkah saudare tatkale kerajaan SriWijaya telah menghantar surat kepade Khalifah Umar Ibnu Abdel Aziz? Setelah itu dtnglah satu rombongan dr timur jauh agar di Islamkan negeri di bawah angin?
Tahukah saudara bagaimana susahnye utk meyakinkan ketua kerajaan di mane penganutnye sudah sebati dgn kebudayaan dan keagamaan mrk?
Jadi di sinilah mrk telah memainkan peranan adat dalam usahe hendak meyakinkan care utk mengenal Allah. Mrk telah masuk dan berjumpe dgn sami2 yg beramal dgn amalan hakikat tetapi tidak dapat sampai kepade ALLAH lalu mrk mengajarkan pengamalan Islam sehingge mrk dpt merasekan akan kewujudan Allah s.w.t.
Apebile sami2 ini telah yakin dgn pengamalan islam ini kemudian berbondong-bondonglah raja dan rakyatnye memeluk Agame Islam yg suci ini sehingge dicampur-kawinkan mrk dan terjadilah Bangse Yg dipanggil mim lam Alif ya wau ini...
Pernah dgrkah saudare ttg perhimpunan terakhir para wali di G.Smanggol dan peranan wali tatkale perjanjian pangkor dicetuskan?
Apekah program yg dinanti-nantikan?
Salam Sdr Zaim,
Berhati-hatilah dengan Al Mahadaya kerana beliau adalah pengasas ajaran sesat 'Asalama'.
Baca tulisan seorang blogger di sini. Blogger tersebut mendedahkan pengubahsuaian dan penyelewengan ajaran Islam oleh Al Mahadaya.
terima kaseh wargamas....
Post a Comment