Terlebih dahulu ingin diucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah terawih kepada semua yang mengaku dirinya beragama Islam serta mengamalkan ajaran Islam sepertimana yang ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Sepertimana yang telah kita ketahui bahawa orang yang beramal di bulan ramadhan dilipat kali gandakan pahalanya, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah s.a.w ,“orang yang beramal dari umatku, pahalanya dilipatgandakan sebanyak 10 kali sampai 700 kali lipat”. maksudnya dilipatkali gandakan sehingga 700 kali adalah di bulan ramadhan.
Insya Allah di harap semuanya dapat melakukan ibadah-ibadah sunat serta terawih, lakukanlah sekurang-kurangnya lapan rakaat. Mengenai solat tarawih ini, sebagaimana riwayat Shahih Bukhari, Rasulullah s.a.w melakukan solat berjamaah diikuti sahabat di bulan ramadhan. Hari pertama, hari kedua, hari ketiga makin banyak, hari keempat Rasulullah s.a.w tidak keluar. Setelah subuh Rasulullah s.a.w berkata “sebaik–baik solat adalah di rumah masing–masing kecuali solat fardhu”, jangan kalian lakukan ini aku takut ini dijadikan hal yang wajib bagi umat sesudah kita. Maksudnya kalau solat tarawih itu Rasulullah s.a.w mengimaminya setiap malam nanti disangka solat fardhu. Demikian indahnya Nabi s.a.w tidak mau memaksakan pada umatnya tetapi ini tidaklah bererti bahawa solat terawih itu Nabi meninggalkannya melainkan Baginda melakukannya sendirian di rumah. Ianya tetap dilakukan!
“Berkata Ibn Abbas ra : Bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan, dan lebih dermawan lagi saat ramadhan, ketika dijumpai Jibril (as), yang mengunjungi beliau setiap malam dibulan ramadhan, dan mengajarkan beliau Al-qur’an, maka sungguh Rasulullah s.a.w lebih dermawan dalam berbuat baik daripada angin yang berhembus” (Shahih Bukhari)
Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)
Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..
DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga adalah solat”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu."
Begitulah antara sabda baginda tentang solat fardhu yang diwajibkan ke atas kita sehingga hari ini dan kekal selamanya. Solat fardhu merupakan persembahan kita terhadap apa yang telah kita kerjakan mengikut waktu-waktu tertentu. Dan di anjurkan pula solat di malam hari sebagai bonus untuk kita kecapi apa yang akan diberikan oleh Allah .s.w.t. Persoalannya sekarang adakah solat terawih itu sekadar solat tambahan untuk kecergasan badan?
Hikmah salat tarawih adalah untuk menguatkan jiwa, mengistirahatkan dan menyegarkannya guna melakukan ketaatan; dan juga untuk memudahkan mencerna makanan sesudah makan malam. Apabila sesudah berbuka puasa lalu tidur, maka makanan yang ada dalam perut besarnya tidak tercerna, sehingga dapat mengganggu kesehatan; kesegaran jasmaninya menjadi lesu dan rusak.
Adakah kita maseh lagi mahu pemahaman Terawih sebegini?
Kenapa baru zaman sekarang baru timbul berkenaan Hadis maudhu mengenai 'Fadhilat Terawih'? Apa yang nak kita fikirkan di dalam solat terawih?
Fadhilat yang dikemukakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan di sampaikan oleh para sahabat bukanlah sekadar pemberi jisbah dalam melakukan solat terawih tetapi ia merupakan perjalanan seseorang dalam mencari sesuatu yang bernilai di mana ianya tidak mungkin diperolehi dari sekolah-sekolah yang mengikut acuan barat. Penat lelah kita berpuasa di siang hari dan melakukan pula solat terawih di malam hari selayaknya di anugerahkan sesuatu oleh Allah s.w.t. yang tidak ternilai di dunia ini. Semoga kita menjadi seorang Islam yang mempunyai kekuatan Jiwa dan roh yang hidup di sisi Allah s.w.t. Jadilah seorang mim lam alif ya wau.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
FADHILAT TARAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua.
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar
Perhatikanlah akan fadhilat-fadhilat terawih ini. Mungkin apa yang dipaparkan ini mendapat banyak tentangan dari kalangan mereka yang mahu menolak akan kelebihan ramdhan ini tetapi perkara tetap akan dipaparkan dan mungkin terpaksa menanggung risikonya. Tidak ada bulan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. melainkan di bulan ramdhan ini. Jalan menuju kepadanya, semoga dikurniakan sesuatu buat menempuhi sehingga ke ramdhan yang mendatang. Selamat Berjaya!




2 comments:
salam Ramadhan kareem.. moga Ramadhan kali nie lebih baik dr sebelomnya.. InsyaAllah.strive 4 mardhotillh.. :P
Salam Ramadhan al mubarak , semoga setiap amalan kebaikan kita diterima Allah.
Post a Comment