Sunday, January 17, 2010

Riwayat Dan Ketauhidan

Lanjutan daripada kisah Riwayat dan Ketauhidan sebelum ini yang memaparkan tentang ketauhidan sheikh Siti jenar,kali ini Riwayat dan Ketauhidan kembali untuk memaparkan kisah berkaitan Tamim Habibul Al-Dari. Kisah hikayat merupakan salah satu daripada kitab warisan melayu berkisarkan tentang sahabat Nabi s.a.w di mana Allah s.w.t telah redho kepada mereka dan untuk tatapan kita sebagai bangsa melayu dan juga ianya merupakan kitab tinggalan nenek moyang kita untuk kita hayati dan di tinggalkannya untuk kita berbagai petunjuk agar kita memikirkannya....


Hikayat Tamim Ibn Habibul Al-Dhari

Tamim Ibn Habibul Dari adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W. di mana kisah yang di paparkan ini adalah asalnya daripada Kitab Tarikh al-Hijrah. Salah satu Kisah Hikayat yang masih boleh di dapati lagi hingga ke hari ini di pasaran dengan tajuk Hikayat Tamim Al-Dari. Sungguhpun kisah yang ada di dalamnya telah di golongkan sebagai cerita donggeng orang dahulu tetapi wajiblah kita selidiki dahulu sebelum berbagai andaian yang di buat. Masakan kisah sahabat Nabi sendiri beserta sabda yang dikeluarkan diandaikan sebagai donggeng. Dan yang penting sekali ada sesuatu yang tanpa disadari telah di sampaikan buat panduan untuk kita sebagai umat terkemudian.


Kita mulakan kisah ini di zaman Rasulullah s.a.w duduk di dalam satu majlis di masjid Madinah.Pada ketika itu ramailah dari kalangan keluraga dan para sahabat Rasulullah hdir bersama dan duduk di dalam majlis itu. Setelah itu bersabdalah Nabi s.a.w., 'wahai segala sahabatku yang ada di sini, adalah seorang di antara tuan-tuan ini, ada seorang lelaki yang hidupnya sampai melihat keindahan di dalam syurga dan segala yang ajaib-ajaib di bawah langit dan juga di dalam bumi. Setelah itu maka nanti ia kembali pula ke rumahtangganya dan bertemulah ia dengan anak dan isterinya. '

Lalu dijawab oleh segala sahabat, ' Siapakah agaknya yang beroleh kurnia ALLAh s.w.t antara kami ini? ' Maka sabda pula Rasulullah s.a.w. "Wahai sahabatku sekalian, tiada bolehlah aku katakan dari kerana tiada firman ALLAH Taala dapat mengatakan siapa-siapakah ia " Kemudia terfikirlah segala sahabat masing-masing, sangka-menyangkakan akan diri mereka yang beroleh kurnia itu. Setelah itu segala sahabat pun hendaklah bermohon diri kepada Rasulullah s.a.w.


Maka disabdanya pula kepada segala sahabatnya, " Wahai sahabatku bahawa janganlan kamu sekalian ini suka pergi kepada telaga itu pada malam hari dengan seorang dirimu itu. Oleh kerana pada setiap telaga itu ada penunggunya, Jin itu bermain-main dan membayang-bayangkan dirinya dan mintalah kamu ditemani juga pada seorang lelaki atatu perempuan. Sesiapa yang mahu berhajat maka pergilah dan jikalau bertemu dengan jin itu nescaya diharu-birunya menjadi suatu penyakit bahaya dunia kepada sekaliannya. " Kemudia kembalilah mereka masing-masing ke rumah.


Setelah beberapa tahun lamanya perkara itu tiada juga seorang pun yang mendapat seperti apa yang disabdakan Nabi s.a.w. itu. Sehinggalah wafatnay baginda dan kembali Amirulmukminin Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah s.a.w. menjadi Khalifah hinggalah beberapa tahun lamanya tiadalah kedengaran seperti apa yang disabdakan oleh baginda itu.Maka segala sahabat yang mendengar akan sabda baginda itu telah banyaklah yang lupa dan lalai akan pesan Rasulullah itu. Hinggalah kepada suatu masa di mana Amirulmukminin Saidina Umar di angkat menjadi Khalifah memegang tampuk pemerintahan Islam pada masa itu.

Maka adalah seorang lelaki yang bernama Tamim Habibul Al-Dari daripada kaum Ansari iaitu orang Madinah terjadilah satu peristiwa di mana beliau hendak pergi mandi di sebuah telaga. Berkatalah ia pada isterinya Siti Khaulah, "Ayuhai isteriku yang budiman, kemarilah kamu menemani aku ini. Aku hendak pergi mandi pada telaga itu pada malam ini." Berkatalah pula isterinya ," Mengapakah engkau ini, bukankah engkau ini laki-laki dan meminta pula aku menemani mu? " Maka dijawab pula Tamim, " BUkan kerana itu bahkan aku mendengar akan sabda Rasulullah s.a.w. bahawa jangan sekali-kali pergi mandi pada telaga itu pada malam hari seorang diri, kerana tiap-tiap telaga itu tempat jin bermain-main, sebab itulah maka hamba minta temankan kepada tuanhamba."

Kemudian dijawab pula Siti Khaulah, "sahajalah penakut laki-laki ini dan lelaki apa yang penakut seperti ini." dan banyaklah kata-katanya kepada suaminya itu dengan bersenda gurau lalu ia pun berkata, "Hai jin tangkaplah lelaki yang penakut ini." Tamim pun pergilah ke telaga itu seorang diri maka dengan takdir ALLAH s.w.t. dilihatnyalah ada seorang jin yang amat hitam rupanya serta dengan besar panjangnya sekira-kira saujana mata memandang jauhnya.Lalu disambarnyalah Tamim Al-Dari itu lalu diterbangkannya sehingga sampai kepada bumi yang empat lapis,di sanalah dihantarkannya. Tamim terlalu hairan dan menangis mengenangkan akan isterinya dan insaflah dia sebab tiada lagi mendengar suara manusia kerana tempat itu adalah negeri jin kafir yang dilaknat ALLAH. Tinggallah ia di sana beberapa tahun lamanya...

Siti Khaulah yang terlalu sedih di atas perbuatannya sendiri kerana bergurau menyuruhkan Jin Afrit melarikan suaminya iaitu Tamim Al-Dari yang dikatakan sebagai sangat penakut.Akibatnya dia terpaksa menangung penderitaan lahir dan batin sejak ketiadaan suaminya itu. Sekian lama menunggu namun Tamim Al-Dari tidak juga pulang, lalu Siti Khaulah pergi menemui Saidina Umar al-Khattab untuk menyatakan hasrat hatinya yang ingin berkahwin lain dengan menetapkan syarat-syart tertentu seperti lelaki bakal suaminya mestilah dari bangsanya sendiri,salih dan mengikut perintah Khalifah Umar. Saidina Umar meminta beliau bersabar dan kalau benar-benar mahu bersuami,dia seharusnya beriddah kematian suami iaitu selama 4 bulan dan 10 hari. Setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu Siti Khaulah pun berkahwin dengan lelaki bernama Hadri dengan perbelanjaan perkahwinan diuruskan oleh Saidina Umar sendiri.

--------------------------

Balik kepada kisah Tamim Al-Dari yang diculik jin lalu diamlah dia di bawah lapisan bumi yang ke-empat itu,maka berfikrilah dia untuk melepaskan dirinya. Dalam dia berfikir kemudian terdengarlah akan suara orang mengucapkan selawat akan Nabis s.a.w. dan tahmid,tahlil dan juga takbir membesarkan ALLAH s.w.t.

Maka terkejutlah Tamim dan terlalu sukalah dia apabila mendengar akan takbir,tahlil dan tahmid itu dengan harapan dapatlah dia melepaskan diri dari penjara jin kafir itu.

Adapun yang memuji tuhan itu adalah jin Islam juga yang namanya A'wat datang dia ke negeri jin kafir itu kerana hendak berperang fisabilullah. Dan apabila didengari oleh jin kafir itu akan suara tersebut dia pun mengerahkanlah segala balatenteranya berlengkaplah dengan senjata. Tatkala itu keluarlah Tamim ke satu kawasan yang amat luas dan beliau mengekori akan suara yang memuji tuhan tadi. Apabila bertembung akan kedua pihak antara jin Islan dan Kafir itu, tidaklah dapat menahan kesabaran akan Tamim lalu beliau pun mengucap akan kalimah syahadah lalu di dengari oleh Jin Islam akan Tamim mengucapkan syahadah itu,bersegeralah Raja jin Islam itu menyuruh melihat antara jin kafir itu sesiapa yang Islam ada bersama mereka.

Kemudian disuruh oleh Raja jin Islam kepada hulubalangnya memeriksa jika ada orang Islam di dalam kafir itu dan bawakan dia kepadanya.Maka dirempuhlah akan hulubalang tersebut ke dalam jin kafir itu dengan bersungguh-sungguh dan di dapatinya tiada sesiapa hinggalah terpandang dia akan Tamim dan merasa ajaibsekali bagaimanakah  Tamim boleh sampai ke sini. lalu ditangkapnya Tamim itu dan diletakkan dibahunya dan bawa sampai ke hadapan Raja jin tadi . Disambutlah akan Raja jin Islam itu diciumnya tangan Tamim seraya berkata, "Apa bangsamu dan siapa kaummu dan engkau ini Arabkah atau Ajamkah ?" Maka dijawab oleh Tamim ,"Aku ini daripada kaum Ansari dan bangsa Arab dan lagi hamba sahabat Rasulullah s.a.w."

Maka berkata pula Raja jin itu, "Apa nama negerimu itu dan sebab apa engkau sampai ke mari ini ke dalam negeri jin kafir di bawah bumi yang ke-empat ini?" Di jawab oleh Tamim pula ,"Adapun negeri hamba itu madinah." di ceritakanlah dari mulanya sampai kepada ia diterbangkan oleh jin itu. Apabila di dengarnya akan cerita Tamim maka tersangat belaslah ia seraya berkata kepada segala askar dan isi rumahnya, " Janganlah sekalian kaumku memeliharakan sahabat Rasulullah s.a.w ini,biarlah aku memeliharakan dia kerana aku hendak mengambil syafaat Rasulullah s.a.w itu pada hari yang kemudian, kalau-kalau aku beroleh mendapat kesenangan." Kemudian ditanya pula akan Raja jin itu akan tamim adakah dia hafaz Al-Quran dan di jawab Tamim bahawa dia hafaz Quran dan dibacanya ayat daripada Al-Quran surah Al-Haj ayat 1 dan 2. yang bermaksud ;

[1] Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
[2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.





Maka tatkala di dengar oleh Raja jin itu serta dengan segala askarnya darihal tamim membaca Al-Quran itu maka ia pun menangislah dengan segala askarnya dengan tangis yang amat sangat sehingga pengsan mereka itu sekaliannya. Setelah sadarnya mereka dari pengsan itu maka berserulah akan Raja Jin kepada askarnya," Hai segala kamu yang Islam berperanglah kamu dengan bersungguh-sungguh hati kamu itu, janganlah kamu berundur dan lari lagi dan jikalau kamu mati sabilullah itu maka diperolehi kamu. Jikalau hiduplah kamu itu dimenangkan ALLAH s.w.t. daripad perangnya."

Maka bangunlah Raja jin Islam itu daripada tempat tidurnya dan katanya pada Tamim,"Ayuhai sahabat Rasulullah s.a.w. berilah olehmu daripada syafaat Rasulullah s.a.w.." kemudian sabda Tamim ibn Habibul Dari kepada sekalian tenteranya jin Islam yang banyak itu,katanya, " Ayuhai sahabatku janganlah kamu lupakan ALLAH s.w.t. dan penghulu kita itu Nabi Muhammad s.a.w.seraya mengajarkan mereka akan doa tawakkal kepada ALLAH. Bacalah sekaliannya akan ajaran Tamim itu dan riuh rendahlah sekalian jin Islam itu membaca danmelafazkan doanya. setelah selesai semuanya maka sabda Tamim ibnHabibul Dari kepada Raja Jin Islam, "Hai A'wat apalah lagi dinantikan akan suatu lagi pekerjaan biarlah bersegera sedikit sebab pekerjaan pahala atas ALLAH s.w.t. Maka sabda Raja Jin Islam pula, "Hai Tamim adapun akan kita ini rakyatku sedikit orangnya dan rakyat Jin kafir itu banyaknya tiadalah boleh dikira-kirakan banyaknya dan tiada bernisabkan lagi, itulah yang hamba khuatirkan." Disabdakan Tamim pula , " Hai awat apalah kenanya kamu melupakan ALLAH s.w.t. itu dan janganlah kamu takut dan gementar akan kafir itu  yang dilaknatkan ALLAH s.w.t."

Maka diceriterakan pula akan perihal jin kafir alaihi laknat itu kepada sekalian bala tenteranya," hai sekalian kamu semua sudahkan engkau sekalian in berlengkapp daripada alat dan senjatamu," Maka dijawab pula oelh hulubalang yang amat gagah berani serta tinggi besarnya seperti gunung,kepalanya seperti kepala lembu dan mulutnya seperti mulut naga,maka katanya kepada Raja jin kafir alaihi laknat, "Hai tuan kami,apalah gunanya tanyakan senjata peperangan ini,adapun kami siapkan kenaikannya dan segala permainannya dan bunyi-bunyian."

Berkata pula Raja Jin kafir itu kepada hulubalangnya," Apa sebabnya kamu tiada siapkan senjata itu?" di jawab pula oleh hulubalang itu, " Adapun Islam itu tiada patut kita melawan kepadanya dengan alat peperangan itu, jikalau dengan permainan kita ini sekalipun tak dapat tiada kita menang daripadanya itu,adapun segala Islam itu tiadalah berapa banyak," diamlah Raja Jin itu apabila dijawabkan oelh hulubalangnya perihal kekurangan tentera Islam itu.Kemudian emnantilah Raja Jin Islam itu untuk meminta kebenaran daripada Tamim agar dapat dimenangkan oleh ALLAh s.w.t. Maka berkatalah Raja jin Islam itu kepada Tamim," Hai sahabat Rasulullah s.a.w.mintadoa-doakan tuan hamba kepada ALLAh s.w.t. supaya dimenangkan oleh ALLAH s.w.t. segala Islam itu berperang dengan kafir itu kerana Islam itu hanyalah sedikit sahaja."

Lalu mereka pun masuklah berperang hingga dua hari dua malam lamanya berperang itu dan tiadalah yang kalah antara mereka. Maka datanglah kepada ketiga harinya dan berkata Raja Jin Islam itu kepada Tamim, "Hai sahabat Rasulullah s.a.w. berdirilah tuan hamba ini dekat dengan hamba. Suruhkanlah segala Jin Islam itu masuk berperang dengan bersungguh-sungguh hati." Maka berdirilah Tamim dekat dengan Raja Jin Islam itu seraya berkata ," Janganlah takut lagi kerana kafir itu banyak dan adalah kami ini kepada suatu masa kami orang-orang Arab pergi berperang ke benua Rom, adapun banyaknya orang Rom itu dua ratus ribu dan pergilah kami berperang akan mereka, sabar kami serta harap kami akan tuhan seru sekalian alam akan menolongnya kami." Dengan takdir ALLAh s.w.t. dimenangkannya kami dan begitu jugalah kamu,  jangan sekalian kamu takut sebab mereka itu banyak serta bertawakkal-lah kepada ALLAH s.w.t."


Maka didengar oleh pahlawan Jin Islam itu akan kata Tamim lalu diserbukan dirinya ke dalam tentera kafir dan berperanglah mereka dengan bersungguh-sungguh hatinya. dengan takdir ALLAh s.w.t menanglah mereka dalam pertempuran itu. Banyaklah jin kafir yang mati dan bersukalah Raja Jin Islam itu dan segala orangnya seraya berkatalah Raja Jin Islam ," Hai tuan-tuan sekalian ialah dengan berkat sahabat Rasulullah s.a.w. maka alahlah oleh jin kafir itu." Dan begitulah segala jin kafir itu di suruh masuk Islam tetapi tidaklah mahu akan Raja jin kafir melainkan dibayarnya hasil pada Raja Jin islam itu tiap-tiap tahun Dan antara mereka ada yang dipenjarakan.

Kemudian kepada Tamim itu di suruhnya tinggal bersama Raja Jin Islam itu dan mengajarkan akan anak Raja Jin Islam tu tentang Al-Quran. Maka anak-anak Raja jin itu pun hafaz membaca Quran semuanya berkat sahabat Rasulullah s.a.w. Sehingga tibalah suatu masa kerinduan Tamim akan kampung halamannya,anak-anak dan isterinya beserta kerinduannya kepada Saidina Ali r.a dan AmirulMukminin Umar Al-Khatab. Mendengar akan hal tersebut menjadi sedihlah Raja Jin Islam itu dan teramat sayangnya pada Tamim kemudian pergi bertemulah dia dengan seorang hulubalang raja jin kafir iaitu Sahrah namanya kerana terlalu amat kuasanya di mana dia boleh melalui perjalanan yang jauh hanya dengan satu malam saja.

Bermulalah dari hal itu Tamim melalui perjalanan yang maha ajaib di bawa oleh Sahrah jin kafir itu beserta pesanan dan perjanjian agar dilepaskan dari belengu rantai yang dipenjarakan serta diampuni dosanya dengan Raja Jin Islam itu. Tersangat pilulah akan Raja Jin itu tatkala Tamim hendak pergi dan bermohon sampaikan sembah dan salam akan Raja Jin kepada  Rasulullah s.a.w. dan AmirulMukminin Umar r.a, Saidina Ali r.a dan Usman r.a. Dengan seketika ghaiblah Tamim dari pandangan matanya dan menangislah mereka terhadap guru mereka dan lagi pula ia adalah sahabat Rasulullah s.a.w. dan pulanglah mereka ke rumah masing-masing.


Tamim Ad-Dhari bertemu dengan Dajjal




Maka adalah dalam perjalanan Tamim itu serta dengan lapar dan dahaganya maka ia punmeminta doa pada ALLAH s.w.t.supaya bersyukur ada pertemukan ALLAH s.w.t. dengan anak isterinya. Dalam perjalanan ini bertemulah dengan seekor binatang yang sekalian rupanya bintang. Maka adalah di dalam seekor itu lengkap rupanya segala binatang ada di dalam tubuhnya. Maka terkejutlah Tamim melihat rupanya yang demikian itu. Demi dilihat oleh binatang itu kepada Tamim berjalan maka berkatalah binatang itu , " Orang manakah engkau ini?" Maka dijwab Tamim ," Aku lah orang Arab." Kemudia berkata pula binatang itu ," Hai orang Arab masuklah engkau ke dalam rumah aku ini kerana yang empunya rumah hendak bertemu kepadamu kerana orang Arab."

Maka kata oleh Tamim Habibul Dari kepada binatang itu , " Hai hamba ALLAH ,berkata benarlah tuan hamba dengan kerana ALLAH s.w.t.akan hambanya ini,siapa tuan hamba ini?" Maka berkatalah binatang itu, " Akan hamba ini binatang yang dikeluarkan hamba pada kemudian hari, keluar ia antara Safa dan Marwah dan hambalah yang membeza akan kafir dan Islam itu. Hamba tandakan dengan tanda Islam itu ,adapun yang kafir itu hamba tandakan dengan tanda kafir itu."


"setelah itu maka Tamim ibn Habibul Dari pun masuklah ke dalam rumah itu.Maka dilihatnya seorang besar panjangnya sekira-kira sampai ke awan itu tingginyaButa matanya sebelah dan kenalah rantai pada tubuhnya dan kepada lehernya itu hingga sampai kepada kakinya,demikianlah halnya selama-lamanya.Maka dipanggilnya Tamim ibn Habibul Dari demikian katanya,"hai hamba ALLAH marilah kemari,aku menanti kedatangan engkau di sini." Seraya katanya,"orang manakah engkau ini,kaum apakah engkau ini ?"

Maka katanya Tamim ibn Habibul Dari kepadanya seraya ia berkata,"Aku ini orang arab dan madinah nama negeriku itu dan bangsaku daripada kaum ansari." "Maka datanglah ke sini,aku hendak bertanyakan khabar yg sah kepadamu." Maka kata Tamim itu," baiklah,tanyalah oleh mu." Maka Dajjal itu bertanya, "Adakah lagi brdiri agama islam itu selama-lamanya? "Maka katanya pula oleh Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang arab ,Muhammad itu adakah lagi di dunia ?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Akan Rasulullah s.a.w setelah sudah wafat."

Maka berkata Dajjal,"Hai orang arab,sekarang ini siapakah khalifah ,kemudian daripada Raulullah itu? " Maka jawab oleh Tamim itu, "Abu Bakar al-siddiq r.a menjadi khalifahnya. Demikian juga sedikit pun tiada berubah agama islam itu pada masa in,adanya Rasulullah s.a.w. "Maka di dengarnya kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu kepada Dajjal,ia pun menjadi kecillah tubuhnya lalu ia pun menangislah mendengar sebab kata Tamim yang demikian itu. Maka kata Dajjal kepada Tamim, "Hai orang arab adakah abu bakar itu lagi hidup di dalam dunia ini atau tiadakah? "Maka jawab oleh Tamim itu kepada Dajjal itu maka katanya, "Hai Dajjal adapun Amirulmukminin Abu Bakar al-siddiq r.a itu maka sudah kembalilah ke rahmatullah daripada negeri yg fana kepada negeri yg baka. "

Maka kata oleh Dajal kepada Tamim ibn Habibul Dari , "Hai orang arab,siapa pula lagi yang menggantikan Abu Bakar itu yang sudah wafat itu.Segala sekarang ini,siapalah yang menjadi khalifah yang di dalam negeri Madinah al-musyarfah itu ?" Maka jawab oleh Tamim kepada Dajjal itu, "Maka sekarang ini Amirulmukminin Sayyidina 'Umar ibn al-Khattab yang menjadi ganti daripada Abu Bakar itu. Terlampaulah kerasnya ia menjadi ganti menjalankan daripada hukum syara' daripada Rasulullah s.a.w. yang mendirikan agama islam itu pada masa ini."

Demi didengar oleh Dajjal katanya pada Tamim ibn Habibul Dari itu maka Dajjal pun gementarlah tulang dan tubuhnya,segala sendinya itu seraya menangis dengan tangis yang maha sangat,Maka kata Tamim ibn Habibul Dari, 'Hai orang yang dalam rantai,apalah mulanya tuan hamba menangis ini? " Maka jawab Dajjal itu,"sebabnya hamba punmenangis itu kerana hamba takut kepada Amirulmukminin 'Umar itu dan ialah yg membutakan mata hamba itu." Maka bertanya pula oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang yang di dalam kena rantai itu,siapa tuan hamba?" Maka jawab Dajjal itu, "Akulah Dajjal akhir zaman aku keluar."Maka kata Tamim ibn Habibul Dari , "Bila kalanya engkau keluar? "Maka jawab Dajjal, "Apabila engkau keluar melihat perempuan naik kuda itu,maka inilah alamatnya tanda aku akan dari dalam penjara ini." Maka kata pula Dajjal 'alaihi la'nat itu katanya, "Hai hamba ALLAH sepeninggalan Rasulullah s.a.w. sahabat Rasulullah itu adakah berkelahi sama sendirinya?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari itu,"Tiada ada sahabat Nabi ALLAH itu berkelahi. " Maka kata DAjjal, "Tiada berapa lagi nescaya keluarlah hamba daripada tempat ini."

Maka kata Tamim ibn Habibul Dari serta dilihat dahi Dajjal itu maka diludahkannya muka Dajjal itu katanya, "Diamlah engkau hai syaitan di dalam rantai belenggu itu serta mengucapkan kalimah 'la ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah'."Serta didengar oleh Dajjal kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu gemar segala tubuhnya seperti daun kayyu ditiup oleh angin yang keras itu.Demikianlah adanya dan kerdillah tubuhnya hingga hampir tiada kelihatan rupanya dan tubuhnya.Maka bertanya Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari,"Adakah umat MUhammad itu berbuat dosa yang besar-besar itu? " Maka jawab Tamim itu, "Dosa apa yg terlebih besar itu? "Maka kata Dajjal itu, "Adapun dosa terlebih amat besar tiu orang yang membunuh orang yang tiada sebenarnya dan berbuat zinah dan bidaah dan fitnah dan memakan riba ganda berganda dan mengambil arta anak yatim dan naik saksi dengan tiada sebenarnya dan meninggalkan sembahyang dan lagi tia mahu memberi zakat."

Maka dijawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Ada juga setengah orang yang ada berbuat yang demikian itu,"Maka demi di dengar oleh Dajjal itu akan kata Tamim itu demikian adanya maka tubuhnya besarlah rasanya,seraya katanya, "hampirlah masa aku akan keluar dari tempatku ini."Serta dengan sukanya dan berseru-serulah ia dengan nyaring suaranya dan besarlah tempik dan soraknya itu seperti akan terus tujuh petala bumi.Demikian besar suaranya kerana terlalu suka mendengar orang berbuat dosa itu demikian bunyinya dengan sebabnya.

Setelah terdengar suara Dajjal itu kepada malaikat sekaliannya,maka datanglah seorang malaikat membawa satu tongkat daripada besi bernyala-nyala itu.Setelah sampai kepada Dajjal itu maka di palunya akan Dajjal itu dengan tongkat itu.Maka Dajjal pun marasai palunya malaikat itu pun diamlah serta mengecil akan dirinya,maka lalu kembali seperti sediakalanya,di dalam pada itu WalLahu a'lam bissawab.

-----------------

Setelah dinikahkan di hadapan segala khalayak itu ,maka ia pun kembalilah segera ke rumahnya laki-isteri serta sampailah keduanya mereka itu ke rumahnya maka hari pun maghriblah dan Hadri pun sembahyanglah pada waktunya.Maka dengan takdir Allah s.w.t. atasnya, hambanya itu usahkan dijabatnya Siti Khaulah itu oleh Hadri ,malah berkata-kata pun belum lah ia.Antara waktu Isyak itu pun datanglah Tamim Habibul Dari ke rumahnya mendapatkan anak isterinya yang di antarkan oleh 'Awan' di suruhkan oleh Nabi ALLAH Khidir.


Belum pun sempat isterinya melayari malam-malam perkahwinannya bersama Hadri tiba-tiba Tamim al-Dari muncul kembali di depan isterinya yang baru saja di-kahwin-kan oleh Saidina Umar r.a. Maka berlakulah pertengkaran di antara mereka bertiga. Masing-masing mahu memperjuangkan hak mereka lantas akhirnya disyorkan untuk berjumpa Saidina Umar Al-Khatab untuk mendapatkan nasehat dan pandangan.

Sayangnya Saidina Umar sendiri tidaklah dapat meleraikan kebuntuan itu pada ketika itu dan jalan terakhirnya ialah mendapatkan nasehat daripada Saidina Ali r.a. Maka Saidina Ali berjaya meredakan kekecohan ini kerana pernah suatu ketika Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan peristiwa Tamim Al-Dari kepadanya. Untuk mengenal pasti bahawa Tamim Al-Dari benar-benar masih hidup, maka tanda-tanda yang ada di badan Tamim Al-Dari iaitu sopak sebesar satu dirham mesti dilihat terlebih dahulu dan ternyata tanda-tanda itu memang ada di tubuhnya.

Lalu Tamim Al-Dari menceritakan kedudukannya yang sebenar iaitu bagaimana dia dilarikan oleh jin kafir,berperang dengan makhluk itu,kemudian dipermuliakan oleh Raja Jin Islam dan atas budi baik Raja Jin Islam ini beliau cuba diterbangkan balik ke Madinah dengan pertolongan Jin kafir ( tawanan perang ).

Berhubung dengan alam jin Islam dan Kafir ini memang ada tertera di dalam Al-Quran sebagaimana yang dikatakan di dalam Surah Al-Jin,ayat 13 dan 14 yang bermaksud sebegini ;  'Alam jin mengandungi golongan-golongan yang beriman kepada ALLAH menyerah diri kepadanya dengan ikhlas, jujur, disamping itu terdapat juga Iblis yang dikutuk berserta tenteranya yang sesat lagi menyesatkan '.

Kita diingatkan juga bahawa kemampuan manusia dan jin untuk meneroka sesuatu yang dilarang adalah terbatas dan mendapat tentangan. Jadi jin yang ingin mengetahui rahsia yang ada di langit adalah sia-sia seperti firman ALLAH dalam Surah Ar-Rahman ayat 33 dan 34, bermaksud ;
'Hai Para Jin dan manusia! Sekiranya kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, lintasilah ! dan kamu tidak akan sanggup melintasinya melainkan dengan kekuasaan '.

Malangnya ketika mereka melintasi tepian langit, malaikat telah melontarkan panah api ke arah Jin afrit maka terbakarlah dan hangus ia,manakala Tamim Al-Dari jatuh ke dalam laut. Tamim Al-Dari terdampar di sebuah pulau dan bertemu pula dengan sekumpulan syaitan yang merancang untuk menyesatkan manusia. Kemudian beliau bertemu dengan jin afrit yang lain dan berpakat untuk mencuri cincin Nabi ALLAH Sulaiman. Niat buruk mereka tidak berhasil,jin afrit yang menyerupai manusia dipatuk oleh ular dan Tamim Al-Dari diberi amaran. Ular yang menjaga Nabi ALLAH Sulaiman ini yang sebenarnya adalah malaikat.


Dalam usahanya untuk kembali ke Madinah ,Tamim Al-Dari telah menumpang kapal dari benua Hindi. Nasibnya masih kurang baik kerana kapal yang ditumpanginya itu rosak dan binasa berserta orang-orangnya kecuali Tamim Al-Dari, apabila gelombang besar mengganas dengan tidak semena-mena. Tamim Al-Dari sekali lagi memaksa dirinya berenang untuk menyelamatkan dirinya sehingga bertemu dengan sebuah pulau dengan penduduknya terdiri dari kaum Hawa. Diikuti pula pertemuannya dengan Jin afrit sekali lagi yang menyerupai unggas yang membawanya terbang hingga ke tempat persemadian Nabi ALLAH Sulaiman dan percubaan kali ini juga gagal. Jin afrit mati dipatuk ular,manakala Tamim Al-Dari diusir keluar dari gua itu.


Dalam meneruskan perjalanan, Tamim Al-Dari berpeluang pula bertemu dengan seorang gadis yang cantik yang sudi menolong Tamim Al-Dari agar dapat kembali ke tempat asalnya. Anak jin ( orang suruhan gadis itu )tidak jujur kerana dia telah membuang Tamim Al-Dari ke dalam laut. Tamim Al-Dari berenang lagi untuk menyelamatkan dirinya hingga sampai ke sebuah pulau yang kemudiannya di datangi pula oleh seekor unggas yang baik hati yang memberinya air minuman melalui paruhnya. Unggas yang istimewa ini tinggal di pulau ini sebagai mentaati perintah Nabi ALLAH Ishak yang mahukannya sebagai penunjuk jalan kepada orang yang sesat. Bintangnya bersinar pada kali ini apabila beliau berpeluang untuk memasuki syurga , menikmati segala-galanya yang ada di dalam syurga. Malangnya beliau tidak dibenarkan tinggal di alam itu untuk selama-lamanya kerana penghuni syurga adalah milik mereka yang telah meninggal dunia. Tamim Al-Dari keluar dari syurga walaupun hatinya berat untuk berbuat demikian. Dalam keadaan yang gundah-gulana beliau memaksa kakinya berjalan sehingga sampai ke padang pasir dan bertemu dengan barang-barang berharga. Tamim Al-Dari cuba mengambilnya untuk dibawa pulan tetapi niatnya tidak sampai kerana dihalangi oleh seekor ular hitam yang mematuk kakinya sehingga dia pengsan. Setelah sedar, beliau meneruskan perjalanan semula dan akhirnya berjumpa dengan Nabi ALLAH Khidir. Nabi ALLAH Khidir menceritakan segala rahsia di sebalik peristiwa-peristiwa yang telah dilaluinya. Atas pertolongan Nabi ALLAH Khidir ( beliau memerintah awan ), Tamim Al-Dari pulang semula ke pangkuan isterinya. Kemunculan semula Tamim Al-Dari inilah menimbulkan kekecohan yang akhirnya mengheret mereka bertiga menemui Saidina Umar Al-Khatab dan Saidina Ali.

Saidina Ali tersenyum mendengar cerita Tamim Al-Dari kerana beliau pernah mendengar cerita seperti itu daripada Rasulullah sendiri. Tanda seperti sopak di belakang dan lututnya sebesar satu dirham adalah penyelamat kepada rumahtangga Tamim Al-Dari dan Siti Khaulah. Siti Khaulah kembali semula kepada Tamim Al-Dari dan batallah nikahnya dengan Hadri,manakala Hadri pula telah di janjikan oleh Saidina Umar untuk dikahwinkan dengan gadis lain. wallahualam bissawab.

Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s pernah datang ke sebelah kampuchia lalu megahwini Siti Jawiah untuk meneruskan usaha mengembangkan titisannya dalam mengembangkan syiar ketauhidan jadi tidak mustahil pula seandainya dikatakan sahabat Nabi s.a.w. yang ini juga pernah datang bagi meneruskan kesinambungan usaha dakwah yang dijalan bagi meneruskan kesinambungan kebangkitan agama di akhir zaman ini...

3 comments:

XaN_XXX said...

salam sejahtera kepada tuan punya blog......mmg menarik artikel anda...saya ingatkan kisah Tamim Al-Dari ni setakat berjumpa dengan Dajjal saja...rupa2nya terdapat kisah yg lebih besar lagi.....Tamim Al-Dari pernah naik kapal kat Benua India?....hmmm......agak2nya pulau dajjal tersebut letak kat mana ya....oh bagaimana dengan kisah cincin Nabi Sulaiman A.S tersebut.....kenapa jin kafir berebut hendak merampas cincin tersebut.....mcm cincin dlm dlm Lord Of The Rings pulak....

zaim zaiman said...

salam sejahtera pada tuan,terima kaseh kerana sudi membaca artikel ini,sesungguhnya banyak kisah dari para sahabat yang tidak kita ketahui terutama perihal bab jin ini. Bahawasanya Nabi Muhammad adalah Rasul yang terakhir dan sebagai Khalifah manusia yang agung di atas muka bumi ini,kalau sudah dikatakan Khalifah bermaknanya seluruh makhluk akan tunduk kepadanya begitu juga kita yang sepatutnya dan jikalau saudara rajin mengkaji kisah para Sultan di alam melayu dahulu pasti saudara akan nampak kaitan jin ini.

tentang benua India itu dapatlah kita andaikan bahawa sejak dari dahulu memang ada pelayaran perdagangan ini dan tanah melayu juga tidak terlepas dari urusan perdagangan ini.Di dalam kisah ini apa yang kita nak perhatikan adalah tempat-tempat yang terjadi sesuatu peristiwa dan orang melayu kita dahulu hendak menyampaikan sesuatu pada kita dan menyuruh kita berfikir,mereka tidak akan sampaikan terus-menerus kerana dikhuatiri dapat di kesan oleh Dajjal laknatullah,begitulah kebijaksanaan mereka dahulu yang memikirkan agama untuk kita hari ini. Tempat seperti Benua India itu sebagai perjalanan dan kita akan jumpa nanti di manakah tempat Tamim ini lalui.

Berkenaan cincin Nabi ALLAh Sulaiman itulah yang dikatakan seandainya sesiapa dapat memiliknya ,orang tersebut dapat menguasai tujuh penjuru dunia dan inilah salah satu sebab yang di cari-cari Dajal dalam membongkarkan kerahsiaan Baitul Maqdis.

InsyaALLAH seandainya ada kelapangann akan di sambung cerita Tamim berguru dengan Nabi ALLAH Khidir. Wallahulam bissawab.

XaN_XXX said...

terima kasih dia atas penerangan tuan....ya jika diperhatikan hikayat2 melayu dahulukala yg sedia ada memang terdapat banyak 'hint' yg ditinggalkan utk generasi kini....tapi amat menyedihkan kebanyakan khazanah ilmu Melayu yang lain telah diangkut ke Eropah,Russia dan UK....dahulunya saya memang tidak berminat langsung untuk mengkaji apatah lagi membaca buku2/hikayat2 tersebut.....tapi kalau nak buat research seorang diri pasal sejarah Alam Melayu ni....memang saya tak larat la pulak...al-maklumlah sebagai peljar universiti..sibuk dgn tugas hakiki...tu pun baru peringkat asasi...heh...ya...sejarah awal Kesultanan Melayu Perak memang berkait rapat dengan jin....dikatakan telah berlaku perjanjian antara pengasas Kesultanan Perak dengan penjaga negeri tersebut....demi menunggu raja yang 'haq' menuntut semula takhta...saya menuggu artikel tuan yang seterusnya......sekian..wassalam