Monday, November 30, 2009

Renungan di akhir NoV




segala puji bagi tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.,ahli keluarga kaum kerabat dan sahabat handainya...

Ini adalah artikel buat renungan membuka minda utk memikirkan ttg konspirasi yg hendak menyelewengkan akidah kita sebagai manusia yg mengaku bertuhankan ALLAh swt.

apa yg dipaparkan seandainya kita ambil ia secara negatif maka negatiflah yg akan kita dapat dan sekiranya kita ambil secara positif dan memikirkan ttg persediaan diri dalam menghadapi kemelut yg akan datang,itu adalah lebih baik.

setelah kita baca artikel demi artikel baik di sini dan juga dari kalangan pengikut blog-blog konspirasi (dan yg selalu mengikuti artikel yg sebelom ini) berbagai persoalan akan bermain di minda kita.contohnya persoalan ttg diri ini,apakah persediaan yg sepatutnya kita ambil peduli?cukupkah hanya dengan membaca artikel ini dan seterusnya memberi respon dengan komen-komen?


Alter Terahsia Bangsa Melayu

inilah salah satu persoalan umat akhir zaman yg mana kita tidak jumpa akan jalan yg sebenar-benarnya dan sekiranya kita jumpa pun kita banyak bertanya dan bermain di akal fikiran.jikalau dalam artikel MistisFiles sebelom ini ada kita terjumpa ttg 'kesilapan' yg dilakukan Nabi Musa kerana terlalu bermain dengan akal apabila berguru dengan Nabi Khidir.inilah permasaalahan kita hari ini yg mana kadang tu kita merasai melebihi dari orang lain padahal takder apa punn...

benarlah seperti kata-kata yg pernah sy dengar sebelom ini bahawasanya agama akan naik dari kalangan mereka yg jahil,sebab mereka ini mudah menurut perintah dan sesuatu yg baik pasti akan dibalas dengan baik.

Para sahabat dulu pun begitu punya jahat sekalipun ttp apabila mereka benar-benar handak menjadi baik ALLAh bimbing mereka dan akhirnya ALLAh redho dengan dorang sebagaimana yg telah difirmankan di dalam Al-Quran.

di dalam Al-Quran ALLAH s.w.t. berfirman 'tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri padaku'.



jadi permasaalah kini yg sering kita dengar dan kita perkatakan disini,adakah golongan jin ini hanya buat hal sendiri walaupun di katakan ianya jin islam?

apa yg kita tonton hari ini di dalam kaca TV,memang tidak di nafikan,orang melayu kita sudah terikut-ikut ttg kehidupan jin ini.adakah saudara terfikir mengapakah terjadi sebegini?bukan itu saja bahkan kalau kita baca akhbar sekalipun kerap berlaku perkara mistik ini hatta di kalangan persekolahan pun semacam sudah menjadi kebiasaan.adakah kita hendak mengatakan yg ini juga kerja Dajjal?

bagaimana pula dengan kesultanan melayu?jikalau sedara arif ttg kemelayuan ini,bagaimana fungsi Raja dari sudut penguasaan jin ini pula?bukankah Sultan boleh menguasai jin dan seterusnya memerintah mereka ini?

jadi di sini kita pandanglah dari sudut positif bahawasanya mereka ini ( jin-jin )juga ingin balik ke syurga ttp apakah peranan kita yg mana mereka ini di perintah kita (kita yg memerintah mereka) utk menyusuli jalan utk kita balik ke kampung asal kita.mereka yg telah hidup lebih dari kita telah melihat bagaimana agama yg diamalkan oleh orang melayu kita dahulu jadi mereka juga inginkan agama yg sebenar-benarnya dan apabila sampai kepada kita hari ini ternyata agama telah banyak berubah sepertimana mereka lihat dahulu.

jadi,kita fikirkanlah secara baik dan kita perhalusi sebaiknya agama seperti mana yg di amalkan oelh orang-orang terdahulu.

cuba kita renungkan sejenak,sejak dari zaman agaman Nabi Ibrahim a.s,yg mana pada ketika itu ianya dipanggil agama tauhid,sejak dari zaman Nabi Ibrahim hanggalah ke zaman Rasulullah s.a.w,tatkala itu Abu Lahab yg juga bapa saudara kepada Rasulullah mengatakan yg ianya(orang-orang ketika itu ) mengamalkan agama nenek moyang yg di bawa oleh Nabi Ibrahim dan melarang Rasulullah mengubah agama tersebut.Mereka tetap mengatakan agama yg dorang amalkan adalah agama yg di bawa oleh Nabi Ibrahim sedangkan Rasulullah melihatnya dengan mengatakan bahawasanya agama pada ketika itu telah jauh dari syariat yg di bawa oleh Nabi Ibrahim.

ini lah yg membuatkan baginda pergi ke gua hira' dan bertahannut di sana lebih kurang tujuh tahun lamanya sehingga sampainya wahyu yg pertama.

Kita lihat pula situasi hari ini yg mana kita telah jauh dari zaman Rasulullah lebih kurang 1400 tahun lamanya dan kita bandingkan dengan zaman Rasulullah dengan zaman Nabi Ibrahim,berapa lama pula masa yg berlalu.Jadi tak mustahil apa yg kita amalkan hari ini telah banyak jauhnya sejak dari zaman Rasulullah dan adakah ini sebenar-benarnya agama.Umat hari ini dengan mudahnya memurtadkan yg lain dan apabila terjadi betol-betol orang islam masuk kristian barulah kita tercangak bangak mencari kesalahan orang.

Tak salah bagi kita utk mendalami ilmu ttg keduniaan yg semakin mencabar hari ini ttp berwaspadalah akan tangan-tangan yg menyembunyikan dirinya yg sentiasa tidak senang dengan ajaran yg sebenar-benar yg di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.Apa yg kita telah baca dari blog-blog kini yg semakin banyak membongkar akan konspirasi The Hidden Hand ini janganlah pula kita lupa utk melihat bagaimana keadaan agama yg di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya agama yg sebenar-benarnya adalah sepertimana yg di bawa oleh baginda dan itulah yg sebaiknya kita ikuti.Janganlah kita memandai menghukum sesat terhadap sesuatu yg kita tidak tahu dan lebih parah lagi apabila kita sendiri tidak mahu utk ambil tahu.



jadi bersempena dengan Hari Raya aidil adha ini,marilah kita bersama perhalusi perjuangan Rasulullah dalam menegakkan agama ALLAH,kita hayati sirah baginda sejak dari seawalnya dan berdoa agar diberi kekuatan untauk kita amalkannya.Kita sudah ke penghujung zaman dan hanya dengan cara Rasulullah yg sebetolnya sahaja dapat menyelamatkan kita seandainya kita benar-benar mengharap akan kembali kepadanya dalam keadaan yg diredhoinya.

-wassalam-

No comments: