Sahibbul Kahfi

Sahabat Gua

Saturday, June 13, 2015

Perjalanan kembalinya Melayu



Alam semesta terbentang luas ini telah menjadi bahan renungan setiap tamadun dan memiliki tafsiran tersendiri berkaitan hubungan Tuhan, manusia dan alam semesta. Setiap tamadun walaupun primitif mempunyai pandangan alamnya samada melalui kitab wahyu, mitos atau falsafah pemikiran dan diwarisi turun-temurun. Perkhabaran mengenainya bukanlah timbul tanpa ada asal-usul yang selalunya diwarisi menerusi generasi terdahulu yang mewarisinya daripada generasi yang lebih awal...dan hampir semua tamadun ini percaya terhadap konsep tentang kewujudan kuasa Mutlak yang mencipta alam semesta ini yang bertingkat-tingkat itu. Walau apa pun nama yang diberikan kepada kuasa itu ia adalah berbentuk Ghaib dan Maha Berkuasa!

Begitu juga dengan tamadun alam Melayu ini dalam membentuk kosmologinya sendiri telah dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya dan agama Buddha, Hindu dan yang berkekalan serta memberi kesan yang mendalam adalah ISLAM!


Masih ramai yang bercakap tentang asal usul orang Melayu. Namun mereka tidak tahu bahawa 'Melayu' hanya wujud setelah mereka memeluk dan mengamalkan agama Islam. Kewujudan Melayu itu akan hilang tanpa Islam. 

Definasi Melayu sebagai bangsa hanya diiktiraf dunia barat selepas terbitan kajian Johann Friedrich Blumenbach pada tahun 1775... Namun golongan orientalis gagal memahami inti kewujudan 'bangsa' Melayu itu pada agama yang mereka anuti... dan yg nyatanya adalah Melayu itu secara rasminya tatkala di zaman Melaka mencapai kemuncaknya pd tahun 1500 namun perjalanan dalam mencapainya adalah lebih awal dari itu.

Tidak ramai yang mampu melihat bahawa tulisan orang Melayu yang menggunakan huruf jawi itu sendiri membuktikan bahawa Melayu itu Islam.